Contracting Tuberculosis at the Age of 21
- IAMALIA
- Aug 15, 2019
- 8 min read
Hai Assalamualaikum everyone, harini ama nak cerita about my Tb journey part 1🤭 today is the 150th day me hvin tuberculosis (after the diagnosis) okay so basically ama dah habis intensive phase and sekarang tengah continuation phase (treatment) for now ama nak cerita pasal my journey on how Ama dapat Tb ni. So sebelum start ama nak cakap pasal apa tu tb, based on apa yang ama belajar and faham secara ringkasnya Tb ni adalah disebabkan dengan bacteria yang bernama Mycobacterium Tuberculosis dia ni rod shaped bacteria and aerob which means kena hidup dekat tempat yg ada oxygen and mostly dia attack kat badan kita kat bahagian paru-paru, Why? sebab paru-paru contains so much oxygen gas lagi-lagi kat bahagian apex(paru-paru bahagian atas) and bacteria ni ada dinding sel yang berlilin (wax) which is Mycolic acid yang menyebabkan bacteria ni kebal gila terhadap acid and memberi dia kekuatan to resist any weak disinfectant (pembasmi kuman macam hand sanitizer ke apa) also disebabkan dinding sel bacteria ni dia boleh hidup kat dry surface. So macam mana dia disebarkan? biasanya dia disebarkan melalui airborne (udara) secara inhalation(sedutan nafas). Mengikut research CDC 2017 ada 10 juta orang infected dengan Tb and 1.3 mati disebabkan tb dan kebanyakkannya adalah pesakit HIV and paling interesting sekali ada 2 juta orang dalam dunia ni develop tb without showing any symptoms which means dia ada tb but dia takde rasa sakit ke batuk ke apa.

So macam mana ama boleh kena? well maybe ama termasuk dalam 2 juta orang yang at first dia tak show symptoms, but after beberapa bulan disebabkan weak immune system or apa baru nak rasa sakit la batuk la lemah la apa😂 ama dapat tau ama dapat tb masa puasa tahun ni (2019) kat Sulawesi(ID) which is tinggi jugakla prevalance orang terkena tb kat situ sebenarnya i dont want to blame tempat tu atau the bacteria itself, ama terkena tb ni semua sebab diri sendiri, sebelum ama dapat tb ni ama ada kena allergic kat my face , rash apa semua naik kat kulit sebab tersalah pakai skin care tak nak la mention brand apa sebab brand tu banyak je orang yang pakai and elok je for their skin maybe it is not for me. Lama jugakla allergic dalam bulan 1 sampai lah bulan 4 tahun 2019 ni so dalam masa tu ama consume prescribed steroids, lama gila makan ubat tu hahaha Alhamdulillah tak kena Cushing Syndrome 😂 so steroid ni one of its function is to decrease activity of immune system, ama syak kat sini la bermula nya bakteria-bakteria tb ni buat kenduri dalam paru-paru ama, ama start rasa sakit time bulan 3 after pergi satu program kebajikan student Malaysia kat Gowa (ID). Masa haritu ramai lah orang dari kecik sampai yang ke tua ada, lepastu dengan cuaca hujan pulak esok tu terus macam demam dengan batuk-batuk and seminggu after that Ama gi hospital tapi bukan untuk check kesihatan ke apa , Ama pergi hospital sebab nak jumpa Dr pembimbing untuk proposal research banyak kali jugak la pergi lalu lalang kat hospital tu , dalam 4 kali jugak la berturut-turut dan si bijak Amalia ni pun satu dah tahu badan baru nak heals dia dengan selambanya tak pakai apa-apa protection kat muka dia , mask tak pakai lalu kat depan pelbagai jenis manusia yang kita tak tahu sihat ke tak Astaghfirullah😂 lepastu start la batuk makin teruk but my body is okay no fever, no chills, takde berpeluh time malam or batuk berdarah ke berat badan apa semua maintain and i didnt even syak that yang i ni TB sbb takde pun symptoms macam TB , Ama ni memang sejenis yang malas nak keluar daripada Rusun(Kolej), nak jumpa Doctor sebab sakit lagi la malas nak pulak time tu tengah busy and stress sebab nak exam even the bills untuk check up ni takaful yang tanggung but im soo degil and malas nak pergi, so Ama biarkan je la batuk ni berlanjutan tanpa pedulikan dia, i always thought that this cough will go away or hilang as simple as that like esok ke lusa or maybe next week akan hilang sebab i have no time nak fikirkan pasal batuk ni because big exams is coming and i have so much important thing to be done! yang paling bagus sekali Ama pergi beli expectorant dekat farmasi belakang rusun sebab nak hilangkan batuk ni semetara tunggu habis exam, ewah suka-suka hati je jadi Dr untuk diri sendiri . Now tengokla apa jadi this is what i got from neglecting my health, a TB🙃 so people yang baca ni if you guys batuk-batuk sikit ke, demam suam-suam ke, flu mcm nak tak nak je ada , GO to the DOCTOR! we never know jangan tunggu melarat macam Ama punya kes.
So habis final exam untuk blok Endocrine rasanya time tu ama tangguh lagi jumpa Doctor sebab ama rasa makin elok batuk hilang sikit-sikit sebab haritu pergi beli ubat untuk diri sendiri kan hmm hahaha lepastu kan baru je habis finals siapa je taknak pergi enjoy dulu tengok wayang dulu, pergi jalan-jalan lepak dulu, shopping jap sementara nak tunggu blok baru (Obgyn), masuk je week 1 untuk obgyn lagi la membuak-buak malas tu sampai kena paksa dengan kawan la pergi klinik tapi Ama macam ' Biarlah dulu tunggu habis Obgyn' sebab tak sakit sangat pun kan. Haa tunggu lah sampai rasa sakit betul-betul baru nak jumpa Doktor, Tb dalam paru-paru tu pun dah ada berapa generations dah dalam tu. Lepastu start macam pertengahan blok Obgyn tu Ama dah start rasa sesak nafas, even jalan jarak dekat pun sesak , ada satu hari masa nak naik ke my bilik tingkat 5 kat Rusun(kolej), sesak dia lain macam, habis kebas muka, nak bernafas susah macam separuh mati rasa macam sangat dahagakan udara hahahaha 😂 sakit kat bawah tulang collarbone tu pehh kemain lagi macam ada orang cucuk guna paku lagi-lagi yang belah kiri, kena rehat jap sampai sesak tu hilang baru dengan tenang boleh masuk bilik. Before this boleh lari-lari naik tangga tu tapi sekarang tak sampai floor satu pun dah sesak. Keesokannya Ama kena jumpa Dr Pebimbing Ama untuk discuss pasal proposal lagi sekali , dia lah penyebab Ama pergi jumpa Dr (Finally Ama😑) dia cakap macam ni ' loh kamu masih batuk? sudah ke dokter belum? jangan-jangan kamu BTA, sudah berminggu batuk tapi masih belum ke Dr, aduh ini anak' (Translation in BM: lah, awak batuk lagi? dah gi Dr dah? entah-entah Tb dah banyak minggu batuk tak nak gi jumpa Dr lagi ,adui budak ni) hahaha.Ama masa tu macam wow Dr ni bagusnya dah 2 bulan yang lepas jumpa dia still ingat yang Ama batuk time first2 jumpa haritu. Ama pun okay la esok tu jugak Ama pergi jumpa Dr sebab kononnya nak buktikan dekat Dr pebimbing Ama yang Ama ni tak Tb. End up this is what happened.
Ama pergi hospital terus sebab senang situ ada x-ray, lab apa semua, Dr buat sikit history taking or in indo we called it as anamnesis, check berat badan apa semua time tu berat dalam 50 lebih with my tinggi 170 cm Dr macam not happy with my BMI dia suruh naikkan berat badan lagi sikit at least sekilo, lepastu Dr suruh pergi buat x-ray , then x-ray dah buat pada hari tu jugak but time tu malam so esok baru boleh ambil lagi pun esok still ada class tak nak lah balik lewat tidur lambat kan? datang hospital balik esok tu , ambil x-ray yang semalam then Dr bukak film x-ray tu dari sampul letak kat light box dia haa ambik kau ....


Lepastu aku tengok Dr, Dr pun tengok aku sambil senyum dia pun cakap 'kamu tahu kan apa? dah habis blok respration kan ? Diagnosis?" ewah hahaha tak pasal-pasal kena pop quiz kat situ, Time tu bergelinang air mata tahan nangis then jawab la soalan Dr 'Tbc.' At the same time rasa bersyukur jugak la sebab bukan tumor ke apa kat paru-paru,my feelings time tu macam tak tau la nak nangis ke nak happy ke sebab i still can walk, belajar, bercakap, makan, minum macam orang biasa yang sihat only my lung get hurts a lil bit, there is no need to regret ke meronta-ronta kesedihan i just accepts it as ujian daripada Allah and in my opinion this is one way for me to always keep in touch with Allah. Kadang-kadang bila kita sihat kita ni kurang ingat Allah , nikmat Allah yang sebesar-besarnya Allah bagi tak pernah nak bersyukur, honestly after i got TB Ama rasa thankful for my lungs at least dia tak perlukan alat bantuan pernafasan or oxygen tank untuk exchange the gaseous inside my body, sebelum ni jujur cakap tak pernah nak noticed bagusnya paru-paru aku ni sentiasa functioning dengan baik,boleh nafas tanpa sesak seriously i never thank my lungs, bila nikmat bernafas tu kena tarik barulah manusia nak bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi macam paru-paru ni. Okay habis tazkirah sambung cerita😂 pastu Dr bagi lah kata-kata semangat yang tb ni boleh sihat apa semua tapi kena makan ubat elok-elok jangan malas lepastu dia suruh datang esok lagi nak ambil sampel kahak habis duit grab ulang alik hospital-rusun je time tu . Alhamdulillah ada kawan-kawan yang willing teman and offer naik motor dia gi hospital. Balik rusun tu terus bagitahu kawan-kawan untuk pakai mask apa semua sebab Ama dah nak dekat dua bulan batuk depan diorang, duduk sama-sama takut la diorang berjangkit. Ama tak bagi tau parents lagi time tu yang Ama kena TB sebab still berharap lab result tu negative lol. Time tu nak dekat OSCE (Objective Structured Clinical Examination) basically dia macam clinical skills test for med students, i like pasrah je la exam ni sebab time tu agak down jugak la , tapi sebab i always think of my parents and my friends yang diorang tak pernah pun give up on me so why i kena give up, so Ama macam lalui jelah kan buat apa nak down , setiap penyakit datang dari Allah, kesembuhan pun datang dari Allah , Ama kan ada Allah haa like that la nak bagi semangat kat kehidupan ni.

Esok pergi hospital lagi untuk ambil sampel kahak and dengan masih berharap tak kena Tb tu masih kuat hahaha this part Ama paling tak suka sebab hospital mintak 3x sampel kahak , bukan senang oii nak keluarkan kahak, disebabkan ni jugak la Ama TERnangis sbb penyakit ni hahahah yelah mana tak nya nak keluarkan kahak pun dah ambil masa 2 jam exam nak dekat habis masa sbb buang kahak haha sebab kahak ni bukan nya kita boleh suruh dia nak keluar-keluar, lain la air liur 😂 dia taknak sampel air liur ye mesti kahak, bekas dia takde la besar mana tapi kalau boleh dia nak kahak setengah dari bekas tu, Ama cuba-cuba dapat la bagi 3 sampel.

Sampel yang pertama tu ambil kahak masa bangun pagi kat tempat yg terbuka maksudnya takleh duk dalam bilik kena keluar bilik or rumah sampel ke 2 tu, masa petang hari yang sama, while sampel yang ke 3 ambil masa pagi pada hari esoknya. After that dapat result semua BTA positive 3 which is banyak gila bakteria Tb tu dalam kahak Ama. So memang doktor cakap diagnosis Ama memang Tb. After that call mak ayah cakap pasal ni ,diorang pun macam redha, but before tu, the funny thing is my parents have no idea about Tb maybe sebab kat Malaysia Tb ni tak common sangat diorang ingat kan Tb ni dalam seminggu je dah boleh sihat hahaha my parents tahu Tb tu bahaya but the medication apa semua tu they do not know sampai they texted me like ' InshaaAllah next week awak sihat lah tak payah makan ubat banyak-banyak dah' hahaha how i wish. Ama ambil ubat Tb yang dah doctor prescribed kan yang Rifampicin, Isoniazide,Pyrazinamide and ethambuhol but this one dia dalam single form (combo of these 4 drugs dalam satu pil) kena makan after 2 jam makan malam setiap hari ambil 4 biji selama 2 bulan(intensive phase)
To be continued........
Comments